MEMORANDUM GENERASI MUDA MALAYSIA

‘MEMPERTAHAN PERLEMBAGAAN; MEMELIHARA KEDAULATAN; MENERUSKAN KEGEMILANGAN’

15HB MEI 2008

Usaha menandatangani memorandum generasi muda Malaysia adalah khusus dilaksanakan untuk menyatakan pendirian generasi muda berkenaan pelbagai isu yang berkait langsung dengan kestabilan politik dan keharmonian kaum yang selama ini dinikmati di negara bertuah ini.

Berasa khuatir dengan sikap sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dari suasana politik untuk memulakan sikap biadab dan cenderung ke arah penghinaan langsung kepada institusi Raja-Raja Melayu – yang menjadi elemen penting kepada kestabilan politik selama ini.

Atas dasar cinta Negara yang kukuh dan luhur – generasi muda Malaysia secara sepakat dan sepenuh hati ingin mengambil ketetapan berikut dengan menandatangani memorandum ini secara sukarela dan ikhlas hati tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum, iaitu :-

· MEMPERTAHAN dengan sepenuh hati dan kesungguhan – segala sifat dan amalan Rukunegara yang menjadi tiang seri kepada kestabilan Negara;
· MEMELIHARA kedaulatan institusi Raja berperlembagaan;
· MENERUSKAN usaha dan tanggungjawab untuk mempertahan kegemilangan dan kejayaan Malaysia selama ini;
· MENGHARGAI kemerdekaan dan nikmat pembangunan Negara;

Memorandum ini juga dengan secara jelas ingin mengusulkan perkara berikut:-

· MENYOKONG sebarang tindakan yang diambil kepada mana-mana pihak yang cuba menganggu gugat keharmonian kaum, agama dan institusi raja berperlembagaan;
· MENOLAK sama sekali amalan yang mampu mencetuskan ketegangan kaum;
· MEMUPUK perpaduan dan amalan nilai murni di kalangan generasi muda tanpa mengira agama, kaum dan latar belakang;

Adalah menjadi harapan kami, generasi muda Malaysia agar pandangan dan komitmen kami ini diterima dengan hati yang terbuka. Memorandum dan suara generasi muda Malaysia ini seharusnya cukup memberikan bayangan bahawa kami tidak akan mudah diheret ke arah amalan politik kebencian dan penghinaan yang diamalkan sesetengah pihak.

Kami punya tanggungjawab dan peranan yang besar – dan tidak akan sesekali meletakkan masa hadapan kami di atas tangan mereka yang tidak menghormati amalan Perlembagaan dan asas Rukunegara.

Sekian.

5/16/08

SEKITAR KEMPEN TANDATANGAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA




Posted by Picasa

19 comments:

AbgFeroZ said...

hUrmm.... blog nie bagus..
aktiviti yang dijalankan juga bagus.. sya juga trut menyumbang tanda tangan pada 15 mei..
tp kenapa gmbar tuanku x ada langsung ? sya cadangkan buat arr slide satu kat tepi untuk gmbar2 tuanku or maybe biodata tuanku agar rakyat kenal akan sape sultan2 mereka...

Syamputra Razali said...

saya syamputra razali
sedia berbakti dan menyokong
apa sahaja yang dibuat..
saya sedia menjadi sukarelawan
daulat tuanku..

http://syamphoto.fotopages.com

abe MIE said...

salam...

Karpal dah takut...tak mengaku pulak. sekarang dua orang buat hal- satu TUN Mahathir dan satu lagi Karpal...

kedua-duanya 'orang lama'.. bagilah kat orang baru yang terpelajar menjadi pemimpin...

abe MIE ada membicarakan tentang KARPAL ANGGAP ORANG MELAYU BODOH DAN KARPAL VS SULTAL

join website

http://pkrpasdap.blogspot.com

RinG said...

pergh,, x ajak seyh.. xde ke ruangan online petition? biar orang yang xsempat mcm saya ni 'sign'

Prof. X said...

Ya.saya sokong! Ehe

Prof. X said...

Ni nmpk kt tv td.tw0s in.hak3. .timekasih tv3.saya mesti pilih. .

daulat Tuanku

KKGK SKTM said...

Memang wajar mempertahankan kedudukan institusi raja setelah wujud pihak-pihak yang sengaja melakukan beberapa tindakan boleh mencemarkan institusi tersebut.Apa lagi yang tinggal bagi orang melayu?...kalau masih tak nampak...ntahlaaa...

salam hormat,
wanzayu
http://perimboon.webs.com

abe MIE said...

KARPAL ANGGAP RAKYAT MALAYSIA GILA?

Manusia semakin tua, semakin bertambah agung budi bahasa dan berkelakuan baik.

Lain bagi Karpal, bagi dia, semua orang tak betul dan sudah gila. Gila kerana menganggapnya sebagai PENDERHAKA? Atau gila kerana tidak faham Undang-undang?

Pak Lah dan Sultan/Raja Melayu sendiri dikatakan tidak faham dan jahil pasal undang-undang.

Karpal hina Sultan Perak dan Kelantan pasal bidang kuasa Raja-raja.

Bahkan teks ucapan Yang Dipertua Agong (YDPA) pun dimomok budakkan-. Karpal kata-ucapan itu hanya disediakan oleh kerajaan.

Adakah YDPA adalah tali barut kerajaan? YDPA adalah payung kepada rakyat Malaysia- tak kira Melayu ke, Cina ke, India ke, Kadazan dusun, dayak, mickey mouse ke…

Hebat dan saya puji dengan kenyataan MB Kelantan- Tok Guru yang membidas Karpal.

Katanya, kalau di rumah kita ada ibu bapa, kita kena hormat dan mendengar nasihat mereka. Bagi Negara, Sultan atau Raja dianggap sebagai ‘ibu bapa’.

Ini pertama kali pendirian beliau secara peribadi yang tidak suka dengan ‘aksi ghairah’ Karpal yang suka mencabar undang-undang.

Mana Presiden PAS, Haji Hadi Awang? Diam aje. Takut pada DAP ke? Takut nanti DAP Perak tak sokong MB macam mana?

PAS sepatutnya mempertahankan Sultan dan Raja Melayu yang merupakan simbol kepada agama Islam dan bangsa serta ‘Ketuanan Malaysia’.

Takut kat Karpal daripada takut pada ALLAH?

Ibrahim Ali, YB Pasir Mas (calon bebas, bertanding atas tiket PAS) membidas sikap wakil rakyat PKR. Tahniah dan syabas buat pendekar Brehem kita. Inilah pejuang namanya, bukan jadi penyapu aje dalam parlimen. Yang disapu orang tak betul.

PKR dikatakan macam gelagat tiga ekor beruk- tutup mulut, mata dan telinga. PKR sebenarnya penakut bila hendak membela orang Melayu kerana PKR memperjuangkan ‘ketuanan rakyat’.

Tadi, Karpal diserbu oleh pihak polis di syarikat guamannya. Beberapa laporan polis dibuat oleh pelbagai lapisan masyarakat diserata negeri.

Kata karpal, ‘saya tidak gentar dan takut’.

Tapi kenapa bila ‘budak hingus’ dalam blog pasjohorbaharu menyeru supaya darah Karpal halal untuk dibunuh, bukan main dia takut. Mana betul main politik begini. Takut kat budak seorang lebih daripada takut seluruh rakyat Malaysia.

Mana Anwar Ibrahim? Abang Anwar tolonglah. Abang Anwar dok mana sekarang? Kalau Agong tak suka Anwar jadi PM, maka Anwar tak boleh jadi PM walaupun parti mendapat majoriti. Abang Anwar kena bela ‘Payung Rakyat’ dan ‘Ketuanan Rakyat’ yang sebenarnya, iaitu raja dan sultan Melayu. Bukan Karpal atau DAP.

Mana ketuanan-ketuanan-ketuanan… macam abang Anwar pekik-pekik selama ini!!

Abe MIE rasa, Karpal hanya mahu gimit politik sahaja. Apa pandangan pembaca blog pula?

(jumpe abe MIE- banyak lagi cerita)
http://pkrpasdap.blogspot.com

halsanf said...

Ya, memang wajar blog ini dibina dan secara tidak langsung dapat menyampaikan kepada rakyat Malaysia terutama bangsa bukan Melayu dan warga-warga muda, apa yang dimaksudkan dengan 'Daulat Tuanku' serta menghormati dan mempertahankan kedudukan raja-raja Melayu.

Daulat Tuanku.

Wassupbeb

odieneology said...

sakit hati tol aku ngan karpal ni.. tak abes2 nak wat hal.. ni dtg lak lagi hal tun mahathir n anak branak.. hilang hormat aku kat family dia ni.. udah2 ar tu tun.. papepun, pertahankan kedaulatan sultan, raja2 melayu n hak2 orang melayu!!! BERSATULAH WAHAI BANGSAKU.. BANGUN DARI LAMUNAN.. SOKONG PAK LAH!!

Desperado said...

Blog yang bagus...teruskan usaha memartabatkan ketuanan melayu...blog ini akan menjadi link penting dalam blog saya

www.pilihananda08.blogspot.com

Nandre The Legend said...

ya daulat tuanku,

Butterfingers ada satu lagu yang bertajuk urusan seri paduka baginda...

good to have satu blog pasai sultan nie...

harap2 ianya akan terus mengutarakan isu2 yang best.

keep on updating na..

ijan_upsi said...

ermm..tahniah sape yg create blog nie..sekurang2nya..dapat menjadi satu platform bagi masyarakat malaysia terutama anak bangsa melayu yg masih mencintai negara ini menyampaikan hasrat sayangnya pada kesultanan melayu kita. saya cadangkan agar kempen daulat tuanku ini diadakan di setiap universiti agar memupuk mahasiswa2 kita setia pada raja dan negara. mesti dapat sambutan nye lah...!

Black-40 said...

Malaysia ialah negara demokrasi berparlimen dan mempunyai institusi Raja Berperlembagaan iaitu Yang DiPertuan Agong sebagai 'Supreme Head". Institusi Raja Berperlembagaan memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara.

Di Peringkat negeri institusi Raja Perlembagaan juga memainkan peranan yg penting dalam pentadbiran negeri.

Institusi Raja berpelembagaan ini berasaskan dari sejarah kedaulatan Raja-Raja Melayu turun-temurun yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri

katakpisang said...

Daulat Tuanku!
Menjunjung Setia Raja..





sini?

yiemega said...

Daulat Tuanku Daulat Tuanku

http://suaragenerasimuda.blogspot.com

pa'duka said...

em...aku baru jumpa pasal bog ni ari ni, jadi aku buat 1 blog. Bagus la..., tapi harap jangan memihak, ke kiri atau kekanan. Mana komen yang berbau memihak baik jangan disiarkan sebab raja ke sultan ke Yang Dipertuan Agong ke, adalah untuk semua. Kalau nak memihak atau komen yang memihak dibiarkan elok tutup je blog ni.

tidak beraja di mata
tidak bersultan dihati

sOFiAn said...

salam..
bagus blog ini untuk mempertahankan hak kedaulatan raja melayu..
kita sebagai bangsa melayu harus mempertahankan hak kedaulatan negara kita dari dicemari anasir² jahat yg boleh mencemarkan negara berdaulat ini di mata dunia..
saya meyokong sepenuhnya apa yg sedang dilaksanakan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.

my said...

salam semua..
dan tahniah kepada pihak yg telah mengusahakan kewujudan blog ni..sekurang2nya dapat menambah medium utk kita meluahkan dan membincangkan permasalahan yg berkaitan dgn kedaulatan institusi beraja di negara kita.. Cuma...