MEMORANDUM GENERASI MUDA MALAYSIA

‘MEMPERTAHAN PERLEMBAGAAN; MEMELIHARA KEDAULATAN; MENERUSKAN KEGEMILANGAN’

15HB MEI 2008

Usaha menandatangani memorandum generasi muda Malaysia adalah khusus dilaksanakan untuk menyatakan pendirian generasi muda berkenaan pelbagai isu yang berkait langsung dengan kestabilan politik dan keharmonian kaum yang selama ini dinikmati di negara bertuah ini.

Berasa khuatir dengan sikap sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dari suasana politik untuk memulakan sikap biadab dan cenderung ke arah penghinaan langsung kepada institusi Raja-Raja Melayu – yang menjadi elemen penting kepada kestabilan politik selama ini.

Atas dasar cinta Negara yang kukuh dan luhur – generasi muda Malaysia secara sepakat dan sepenuh hati ingin mengambil ketetapan berikut dengan menandatangani memorandum ini secara sukarela dan ikhlas hati tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum, iaitu :-

· MEMPERTAHAN dengan sepenuh hati dan kesungguhan – segala sifat dan amalan Rukunegara yang menjadi tiang seri kepada kestabilan Negara;
· MEMELIHARA kedaulatan institusi Raja berperlembagaan;
· MENERUSKAN usaha dan tanggungjawab untuk mempertahan kegemilangan dan kejayaan Malaysia selama ini;
· MENGHARGAI kemerdekaan dan nikmat pembangunan Negara;

Memorandum ini juga dengan secara jelas ingin mengusulkan perkara berikut:-

· MENYOKONG sebarang tindakan yang diambil kepada mana-mana pihak yang cuba menganggu gugat keharmonian kaum, agama dan institusi raja berperlembagaan;
· MENOLAK sama sekali amalan yang mampu mencetuskan ketegangan kaum;
· MEMUPUK perpaduan dan amalan nilai murni di kalangan generasi muda tanpa mengira agama, kaum dan latar belakang;

Adalah menjadi harapan kami, generasi muda Malaysia agar pandangan dan komitmen kami ini diterima dengan hati yang terbuka. Memorandum dan suara generasi muda Malaysia ini seharusnya cukup memberikan bayangan bahawa kami tidak akan mudah diheret ke arah amalan politik kebencian dan penghinaan yang diamalkan sesetengah pihak.

Kami punya tanggungjawab dan peranan yang besar – dan tidak akan sesekali meletakkan masa hadapan kami di atas tangan mereka yang tidak menghormati amalan Perlembagaan dan asas Rukunegara.

Sekian.

5/10/08

Daulat Tuanku

Pertahankan Kedaulatan Raja-Raja Melayu

www.malaysianmonarchy.org.my

11 comments:

hang nadim said...

selamat menjalankan usaha murni ini demi mepertahankan institusi raja-raja melayu, tahniagh

Unknown said...

Lolx.... Assalamualaikum....
awat kosong jerk.. laman web dah diperhebahkan tp kosong jerk.. xbesh arr mcam nie..isk isk isk

MELAYU DI PERSIMPANGAN said...

Betullah. Kenapa kosong ajer..... Layarilah blog saya plak - www.melayu-today.blogspot.com

Daulat Tuanku said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

hahaha nice baru lawa... okie thx
mcam nie baru bley mlawat slalu...
do visit my blog k
Www.AbgFeroZ.bLogSpot.Com

yakqub said...

Alhamdulullah, usaha murni ini merupakan satu cara yang baik bagi rakyat Malaysia menyuarakan hasrat hati serta menunjukkan taat setia pada Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu selain daripada media massa. Kedaulatan Raja-raja Melayu harus dipertahankan bagi memastikan ketuanan Melayu terus diletakkan sebagai perkara mustahak bagi seluruh umat Melayu di Malaysia dan memastikan individu-individu yang cuba bermain dengan api atau cuba mempermainkan institusi Raja-raja Melayu diambil tindakan serta merta dan tegas.

FiK Ri said...

baguih weyh..
skang org nak perkotak katik kan je institusi kesultanan melayu kte..mane leyh tahan.. harap blog ni pedas sket.. hentam je.. kte ade hak thnkan ape yg kte ade as org melayu!!!

azmah said...

institusi raja perlu bagi orang melayu kerana ia talian hayat yang menyelamat org melayu dari pemimpin yang mungkin tersalah arah atau berkepentingan untuk dirinya sahaja..bukan negara dan rakyatnya yang mendukung pemimpinnya melaksana pembangunan dan kebajikan rakyatnya

ijan_upsi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
mie said...

salam,

semoga kita semua diberkati. InsyaALLAH (",)

abe MIE 'TERJAH' said...

Karpal berdolak dalih.

Dulu secara terang-terang mengutuk dan mengkritik sultan, raja dan Yang Dipetua Agung-YDPA, kini dia mewakilkan kepada 'Umar bin Abdul Aziz' , iaitu Lim Guang Eng sebagai jurucakap yang Karpal Singh tidak pernah menderhaka dan (tidak sedikitpun) berniat untuk menghina Sultan atau raja-raja Melayu.

Kalau dia tidak berniat menjelaskan perkara sedemikian, kenapa sebelum ini dia memberitahu;

1. Ucapan YDPA dibuat dan dicetak oleh BN?- Seolah-olah BN melantik YDPA dan YDPA akan mengikut telunjuk Pak Lah selaku PM.

2. Kenyataan tentang notis perberhentian ke atas Pengarah MAIP- Karpal memberitahu yang raja dan sultan tidak berhak campurtangan dalam urusan pentadbiran negeri sedangkan secara terang-terang BAGINDA boleh dan berhak campurtangan dalam soal melibatkan keagamaan.

Dalam masa kejadian itu, MB Perak terus berjumpa dengan BAGINDA untuk meminta maaf. Mana satu betul?

Karpal takut dan teramat takut. Sebab itulah dia tidak menonjolkan muka 'hemsennya' kepada media. Dia hendak bersembunyi kerana ada orang tertentu sudah memberi warning (amaran) kepada Karpal dengan sebiji peluru yang diposkan pada syarikat guamannya. Mungkin seluruh kakitangan syarikat guaman itu takut teramat sangat dengan tindakan ugutan itu.

APA NAK DITAKUT KALAU PEGUAM ITU BERADA DI PIHAK YANG BENAR!!

PEGUAM HANYA 'WAYANG' PADA KEADILAN DAN MENJADIKAN KERJAYA ITU UNTUK HIDUP MEWAH. Janji ada orang bayar lepas kes dan membebaskan orang yang memberi bayaran.

Bukan itu sahaja, pejabat khidmat masyarakat DAP Ipoh Timur dilontar dengan bom tangan (petrol) baru-baru ini.

Bahkan anak pemimpin PAS Johor dalam blogspotnya memberitahu yang DARAH KARPAL HALAL UNTUK DIBUNUH. Bukan main bodohnya pemimpin PAS dengan tergesa-gesa meminta maaf dengan Karpal sedangkan tidak pula sedemikian apabila mengutuk UMNO, iaitu sebangsanya dan seagamanya.

Sebelum ini Karpal berlagak berani. Nak jadi hero HINDUSTAN Malaysia.

Bantahan orang Melayu dilakukan sehingga banyak laporan polis dibuat, namun dia berkata "SAYA TIDAK TAKUT DENGAN LAPORAN. LAPORLAH SEHINGGA 2000 KALI SAYA TAK TAKUT".

Sekarang macam mana? Cakap tak serupa bikin. Abe MIE punya pendapat sama dengan orang tua terdahulu, kalau jumpa ular Anaconda dengan Karpal, jangan hentam ular, sebaliknya pukullah Karpal. Dia lebih membawa bencana berbanding Anaconda.

BANYAK LAGI CERITA...NIE PETIK DARI

http://pkrpasdap.blogspot.com