TERUS BERJUANG- Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menerima Buku Peringatan Jubli Emas TUDM daripada Azizan Ariffin sambil diperhatikan oleh Tengku Abdullah (kanan) dan Najib Tun Razak pada perbarisan sempena Jubli Emas TUDM di Pangkalan Udara Subang
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengingatkan semua warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) agar sentiasa berpegang kepada misi mempertahankan kedaulatan negara melalui penggunaan ruang udara dengan lebih berkesan. Baginda yang juga Kolonel Yang di-Pertua TUDM bertitah, peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka amat berat dan tidak boleh berpuas hati dengan tahap pencapaian TUDM masa kini.
"Adalah menjadi tugas utama saudara-saudari untuk menentukan kesinambungan dan meneruskan tradisi TUDM sebagai satu kuasa udara yang strategik, mampu menghalang, membendung atau melumpuhkan pelbagai ancaman ke atas kedaulatan ruang angkasa negara," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada perbarisan sempena Ulang Tahun Ke-50 TUDM di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini hari ini yang turut dihadiri Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Panglima TUDM, Tan Sri Azizan Ariffin dan Komander Udara dari negara-negara ASEAN dan Komanwel.
Baginda berbangga dengan pencapaian TUDM hari ini yang bermula dengan sebuah pesawat Twin Pioneer dan 12 anggota pada 1958 kini dilengkapi pesawat, sistem pertahanan udara dan persenjataan berteknologi tinggi dengan keanggotaan 14,000 pegawai serta anggota lain-lain pangkat. Oleh itu, titah baginda, dalam era globalisasi, sumber tenaga mahir, pakar dan berpengetahuan tinggi merupakan aset dan kelebihan saingan kepada organisasi angkatan udara.
"Cabaran utama TUDM masa kini dan juga masa hadapan adalah untuk mewujud dan mengekalkan anggota-anggota yang berkemahiran tinggi dan berintegriti bagi mengendali atau menyelenggarakan sistem-sistem berteknologi tinggi," titah baginda.
Sehubungan itu, Sultan Ahmad Shah mahu TUDM bertindak lebih pantas dan bersedia menghadapi pelbagai jenis ancaman dan cabaran dimensi peperangan alaf baru. Menurut baginda, tumpuan TUDM kini adalah ke arah menguasai sepenuhnya dimensi elektromagnetik dan keupayaan 'network centric warfare' dalam empat dimensi peperangan iaitu bawah permukaan, permukaan, ruang udara dan siber.

No comments:
Post a Comment