MEMORANDUM GENERASI MUDA MALAYSIA

‘MEMPERTAHAN PERLEMBAGAAN; MEMELIHARA KEDAULATAN; MENERUSKAN KEGEMILANGAN’

15HB MEI 2008

Usaha menandatangani memorandum generasi muda Malaysia adalah khusus dilaksanakan untuk menyatakan pendirian generasi muda berkenaan pelbagai isu yang berkait langsung dengan kestabilan politik dan keharmonian kaum yang selama ini dinikmati di negara bertuah ini.

Berasa khuatir dengan sikap sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dari suasana politik untuk memulakan sikap biadab dan cenderung ke arah penghinaan langsung kepada institusi Raja-Raja Melayu – yang menjadi elemen penting kepada kestabilan politik selama ini.

Atas dasar cinta Negara yang kukuh dan luhur – generasi muda Malaysia secara sepakat dan sepenuh hati ingin mengambil ketetapan berikut dengan menandatangani memorandum ini secara sukarela dan ikhlas hati tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum, iaitu :-

· MEMPERTAHAN dengan sepenuh hati dan kesungguhan – segala sifat dan amalan Rukunegara yang menjadi tiang seri kepada kestabilan Negara;
· MEMELIHARA kedaulatan institusi Raja berperlembagaan;
· MENERUSKAN usaha dan tanggungjawab untuk mempertahan kegemilangan dan kejayaan Malaysia selama ini;
· MENGHARGAI kemerdekaan dan nikmat pembangunan Negara;

Memorandum ini juga dengan secara jelas ingin mengusulkan perkara berikut:-

· MENYOKONG sebarang tindakan yang diambil kepada mana-mana pihak yang cuba menganggu gugat keharmonian kaum, agama dan institusi raja berperlembagaan;
· MENOLAK sama sekali amalan yang mampu mencetuskan ketegangan kaum;
· MEMUPUK perpaduan dan amalan nilai murni di kalangan generasi muda tanpa mengira agama, kaum dan latar belakang;

Adalah menjadi harapan kami, generasi muda Malaysia agar pandangan dan komitmen kami ini diterima dengan hati yang terbuka. Memorandum dan suara generasi muda Malaysia ini seharusnya cukup memberikan bayangan bahawa kami tidak akan mudah diheret ke arah amalan politik kebencian dan penghinaan yang diamalkan sesetengah pihak.

Kami punya tanggungjawab dan peranan yang besar – dan tidak akan sesekali meletakkan masa hadapan kami di atas tangan mereka yang tidak menghormati amalan Perlembagaan dan asas Rukunegara.

Sekian.

10/21/08

Sultan murka kerajaan Pas gagal tadbir Kelantan


SULTAN Kelantan, DYMM Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra bertitah merasmikan Persidangan kali ke 3 (Belanjawan) bagi tempoh penggal pertama Dewan Negeri Kelantan, Kota Bharu, yang ke 12 tahun 2008 di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Kota Darulnaim, Kota Bharu


Tuanku Ismail Petra semalam menegur kerajaan Pas Kelantan kerana masih gagal mengurus dan membangunkan negeri ini dengan cekap, termasuk dalam pengurusan hasil serta kewangan.

Sultan Kelantan turut mengingatkan kerajaan negeri supaya memartabatkan institusi masjid dan tidak menggunakannya untuk kepentingan pihak tertentu.

"Beta ingin menarik perhatian kepada pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai bandar raya Islam sejak 2006. Perancangan dari aspek kebersihan dan keselamatan perlu dinilai semula kerana beta melihat beberapa elemen belum mencapai matlamat.

"Beta berharap MPKB memberi fokus kepada elemen terbabit bagi menjamin pencapaian matlamat itu," titah baginda ketika menyempurnakan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Dewan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini. Hadir sama, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Tuanku Ismail Petra bertitah, pertumbuhan sektor pelancongan negeri juga masih bergantung kepada segmen domestik yang menyumbang 80 peratus kemasukan pelancong ke Kelantan.

"Beta menyarankan peranan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri dinilai semula sesuai dengan kepentingan sektor ini dalam menyumbang kepada ekonomi negeri. Sudah sampai masa, entiti baru yang lebih berkesan ditubuhkan supaya dapat bersaing dengan lebih kompetitif," titah baginda.

Bagi mengimbangi tanggungjawab pembangunan negeri pula, baginda menyarankan Enakmen Perbadanan Menteri Besar Kelantan serta Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dikaji semula supaya tidak wujud pertindihan dan persaingan.

Baginda turut menyentuh Laporan Ketua Audit Negara mengenai kedudukan kewangan Kelantan yang tidak kukuh apabila mengalami defisit akaun hasil disatukan pada akhir 2007 sebanyak RM326.34 juta berbanding RM155.86 juta pada akhir 2003.

"Kerajaan negeri hendaklah mengelak membuat keputusan yang boleh mengurangkan kemasukan hasil. Agensi dan perbadanan kerajaan negeri tidak harus diberi keistimewaan lagi, manakala syarikat swasta yang gagal membuat pembayaran perlu diambil tindakan tegas.

"Kerajaan negeri tidak boleh terus bergantung kepada sumber hasil sedia ada. Usaha perlu digembleng untuk meneroka punca hasil baru dalam setiap sektor untuk membiayai kos pengurusan dan pembangunan yang semakin meningkat," tegas baginda.
Tengku Ismail Petra juga menegur mengenai masalah tanah terbiar di seluruh Kelantan yang ketika ini mencapai keluasan 21,458 hektar dan 910 hektar saja yang dibangunkan.

"Beta berharap, kerajaan negeri mengambil peluang daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.5 bilion untuk memulihkan tanah terbiar bagi menjamin bekalan makanan negeri khususnya dan negara amnya," titah baginda.

Selain itu, Sultan Kelantan tidak puas hati dengan pembangunan projek yang dirancang mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini kerana agak perlahan dan ada yang belum dimulakan.

Ini termasuk pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli serta projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra.

"Beta juga mendapat maklum, Kelantan adalah antara negeri yang disenarai dengan projek hab halal dalam RMK-9 membabitkan peruntukan RM17 juta. Bagaimanapun, projek ini belum dilaksanakan dan beta berharap ia dapat disegerakan.

"Beta menyarankan kerajaan negeri turut menekankan pelaksanaan pembangunan hab halal bagi mewujudkan pusat pengumpulan, pengeluaran dan pemasaran makanan halal," titahnya.

Sultan Kelantan juga berharap rangkaian perhubungan dibaiki, dinaiktaraf dan ditambah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan 53 program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kelantan.

"Sukacita beta mencadangkan Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembinaan fasa ketiga Lebuh Raya Pantai Timur dari Terengganu ke Tumpat, laluan kedua Kota Bharu-Kuala Krai dan pelebaran Jalan Gua Musang-Kuala Lipis.

"Beta difahamkan, pelabuhan tidak disenaraikan sebagai projek infrastruktur di bawah ECER di Kelantan. Bagaimanapun, beta dimaklumkan kerajaan negeri meluluskan tiga projek pembinaan pelabuhan Tok Bali, pangkalan bekalan luar pesisir Kemasin dan pangkalan bekalan Kuala Besar.

"Beta berharap kerajaan boleh memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya bagi menjayakan projek ini," titah baginda sambil melahirkan rasa amat gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan dana khas sebanyak RM32.1 juta bagi meningkatkan sosio-ekonomi rakyat menerusi Projek D'Raja Kelantan.

Baginda turut menyarankan rakyat supaya berbelanja dengan berhemat bagi menangani kesan kenaikan kos sara hidup akibat krisis kewangan, kekurangan makanan dan kenaikan harga minyak dunia.

TANGANI KRISIS KEWANGAN


Raja Nazrin Shah menyampaikan watikah pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak kepada Drs. Abdul Halim Azizi Abdul Rahman pada Persidangan MAIAMP di Kompleks Islam Perak, Ipoh, semalam

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, krisis dan kemelut kewangan yang berlaku sekarang perlu ditangani dengan bijak dan berkesan bagi mengelak suasana iklim ekonomi yang suram berpanjangan.

Baginda bertitah, kemelut dan krisis kewangan yang serius mengakibatkan ekonomi tidak menentu dan keadaan ekonomi dunia pada masa ini turut mempengaruhi persekitaran ekonomi negara ini.

“Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi akan terjejas, pelaburan bukan sahaja tidak berkembang, malah mungkin menguncup, peluang pekerjaan baru tidak dapat diwujudkan, malah dibimbangi akan berlaku pemberhentian kerja,” titah baginda pada persidangan Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP) Ke 163 di Kompleks Islam Perak di sini hari ini.

Untuk itu, Raja Nazrin bertitah, sumber ekonomi dan kekayaan perlu dibangun dan dimajukan secara bijak, diuruskan secara amanah serta telus dan diagihkan dengan adil dan saksama untuk manfaat ummah keseluruhannya.

Titah baginda, manusia perlu mengambil iktibar daripada kegagalan pengurusan sumber ekonomi dan sumber kekayaan di serata dunia.

“Ada negara yang dilimpahkan dengan kekayaan pelbagai sumber bumi, namun negaranya mundur, pembangunan prasarananya tidak seimbang dan hanya tertumpu di ibu negara atau beberapa buah bandar sahaja dan majoriti rakyatnya berada dalam kemiskinan serta memiliki taraf pendidikan yang rendah.

“Sementara itu, ada negara yang tidak mempunyai sebarang kekayaan sumber alam, tetapi muncul sebagai negara maju, pembangunan prasarananya luas lagi menyeluruh, rakyatnya makmur serta menguasai tahap pencapaian ilmu dan pengetahuan yang tinggi,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, berdasarkan perbandingan senario tersebut, manusia wajib menyedari bahawa kebijaksanaan pimpinan menguruskan sumber secara produktif, telus dan adil merupakan faktor penting menentukan tahap kejayaan serta kemajuan sesebuah institusi, organisasi dan negara.

Titah baginda, dalam menghadapi cabaran yang sentiasa berubah dengan peluang baru yang turut berlainan, manusia harus bersedia dan berani melakukan pembaharuan, menerima idea baru, mencambah pemikiran baru dan memilih kaedah baru yang berbeza dari hari semalam

10/19/08

Jaga disiplin di tanah suci - Sultan Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan jemaah haji yang bakal menunaikan haji pada tahun ini supaya mempamerkan kepada seluruh masyarakat Islam tentang ketinggian budi pekerti dan disiplin rakyat Malaysia.

Baginda turut menasihatkan jemaah supaya tidak berbelanja mengikut hawa nafsu semata-mata sebaliknya berbelanja secara berhemah untuk mengelakkan pembaziran.

Baginda bertitah, kebanyakan barangan yang dibeli jemaah haji Malaysia di Tanah Suci boleh dibeli di negara ini, maka lebih baik mereka berbelanja sekadar yang perlu dan wang selebihnya dibelanjakan di negara sendiri.

"Adalah menjadi tanggungjawab jemaah untuk menjauhi segala bentuk perkara yang boleh mencacatkan pandangan masyarakat luar negara terhadap kita," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian ketika merasmikan majlis penutup Kursus Haji Perdana peringkat negeri di Masjid Negeri, di sini hari ini.

Kursus selama dua hari anjuran Lembaga Tabung Haji (LTH) bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti mengenai haji dan umrah seperti latihan tawaf, wukuf, melontar jamrah selain ceramah motivasi.

Pada majlis yang sama, baginda turut menyampaikan sumbangan kepada para wakil jemaah haji dari sembilan daerah di negeri ini.

Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh LTH, pada tahun ini kira-kira 4,500 bakal haji dari Selangor akan menunaikan ibadah berkenaan. Menurut kenyataan itu, penerbangan pertama dijadualkan pada 30 Oktober ini dan akan berakhir pada 1 Disember, manakala penerbangan pulang pertama dijadualkan pada 15 Disember dan yang terakhir adalah pada 12 Januari depan.

10/18/08

MAJLIS RAJA-RAJA

Barisan kepimpinan Pemuda UMNO dan seluruh generasi muda negara ini, menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada ke bawah duli Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu di atas kenyataan khas mengingatkan seluruh rakyat tentang asas kenegaraan Malaysia yang sudah berlandas kukuh sejak kemerdekaan yang telah membawa negara sehingga ke tahap seperti yang ada pada hari ini.

Kenyataan khas itu adalah tanda kasih sayang dan keprihatinan Sultan dan Raja-Raja Melayu kepada kepentingan asas penubuhan Malaysia, keharmonian hubungan di antara kaum dipelihara, kedudukan agama Islam dan Sistem Raja Berpelembagaan dihormati supaya sentiasa kekal bersatu padu, harmoni, aman dan makmur.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein berkata, kenyataan dan pendirian ini sememangnya dinantikan dan saya amat bersyukur kerana saya yakin Institusi Raja-raja ini adalah kekuatan Negara kita di mana ia bukan hanya melindungi orang-orang Melayu sahaja malah memayungi rakyat Malaysia keseluruhannya. Saya percaya rakyat Malaysia juga amat berbangga dan berterima kasih dengan peringatan yang dibuat kerana ia mencerminkan bahawa yang sedang kita pertahankan adalah institusi Raja-raja sebagai lambang perpaduan di Negara ini dan bukan kepada mana-mana individu atau kumpulan.

”Saya menyeru dan berharap, agar semua pihak mengambil perhatian serius kepada peringatan Majlis Raja-Raja itu bahawa dalam keadaan apa sekali pun kita perlu bertanggungjawab dan tidak boleh membenarkan serta mempersoalkan asas kenegaraan dan kemakmuran yang dinikmati selama ini. Kenyataan itu membuktikan tahap keseriusan suasana yang berlaku hari ini boleh menjurus kepada sesuatu yang boleh mengancam kedudukan negara jika tidak dihentikan. Jangan ada mana-mana pihak menyalah anggap kenyataan Majlis Raja-Raja itu dan mengaitkannya dengan agenda atau kepentingan kaum-kaum tertentu saja,”.

Maka kami mahu soal-soal yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan berkaitan institusi Raja-Raja Melayu, keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak dipersoalkan lagi pada masa depan.

Kita perlu sedar bahawa kedudukan dan hak keistimewaan yang termaktub di dalam Perlembagaan tidak pernah dipertikaikan oleh rakyat di Negara ini tetapi ia sering kali digunakan oleh segelintir pemimpin demi kepentingan mereka semata-mata.

Marilah kita bersama-sama mengambil peringatan penting ini supaya negara kita sentiasa berada pada landasan keamanan, keharmonian sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Apa yang lebih penting ialah untuk kita lebih proaktif memainkan peranan dan memberi sumbangan bermakna kepada pengukuhan negara sehingga membawa Malaysia ke puncak kecemerlangan.

Pada masa yang sama kenyataan khas Majlis Raja-Raja itu juga secara tidak langsung mengingatkan mana-mana pihak dan individu yang chauvanist, berkepentingan peribadi, mahukan populariti supaya berhenti daripada menodai keharmonian dan asas kenegaraan kita.

Peranan Majlis Raja-Raja juga membuktikan pengorbanan, jasa, legasi dan kedaulatan Kesultanan Melayu ketika mencapai kemerdekaan mahupun pada waktu aman dan kritikal sepanjang 50 tahun ini masih memberi makna yang besar kepada hidup dan kesinambungan negeri ini.

Berhentilah daripada mengkhianati kalau mahu terus hidup bersama negara ini dan nikmati keharmonian yang ada. Elakkanlah pergeseran dan pertelingkahan, khususnya hal ehwal berkaitan mana-mana sentimen kaum dan agama. Kita sudah tiada masa untuk chauvanisme dan populariti, Malaysia perlu terus mengorak langkah maju dan meredah pelbagai cabaran domestik dan global.

10/17/08

Peringatan Raja-Raja Melayu


Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

Keistimewaan

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

Dipertikai

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

Menghormati

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

7/31/08

Pertahan kedaulatan negara - Tuanku Mizan

Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin meminta pasukan keselamatan negara untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang cabaran yang mendatang serta mempertahankan kedaulatan negara sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Baginda bertitah kecemerlangan dan pengorbanan perwira-perwira terdahulu dalam memastikan agama, bangsa dan negara serta kedaulatan negara dipertahankan, wajar menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada pasukan keselamatan negara sekarang.

"Beta ingin mengingatkan, walaupun negara kita adalah sebuah negara yang sentiasa cintakan kedamaian dan kesejahteraan serta menjalin hubungan baik dengan semua negara, namun isu-isu keselamatan global dan serantau memerlukan pasukan keselamatan yang kuat dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ancaman ke atas kedaulatan negara yang tercinta ini," titah baginda sempena Hari Pahlawan 2008 menerusi RTM1 malam ini.

Baginda juga meminta rakyat menghayati semangat taat setia tidak berbelah bahagi oleh pasukan keselamatan terdahulu apabila hasil perjuangan dan pengorbanan mereka menyebabkan negara aman dan sejahtera.

Titah baginda, sempena sambutan Hari Pahlawan yang akan disambut esok, rakyat perlu mempertingkatkan lagi semangat kepahlawanan, patriotisme, kesetiaan dan sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta.

"Semua rakyat perlu mempunyai iltizam yang murni ini kerana tugas dan tanggungjawab memelihara kedaulatan negara bukan hanya terletak di bahu pasukan keselamatan semata-mata tetapi ia menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia," titahnya.

Baginda juga berharap pada masa yang sama kredibiliti dan profesionalisme pasukan keselamatan perlu ditingkatkan agar menjadi sebuah organisasi yang sentiasa digeruni, dikagumi dan disegani.

"Perkara ini telah terbukti di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa seperti yang telah dipamerkan oleh anggota-anggota pasukan keselamatan dalam melaksanakan tugas mereka di luar negara terutama dalam pasukan tugas pengaman antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Penugasan tugasan awam, di United Kingdom oleh Batalion Istiadat dari Tentera Darat Malaysia misalnya telah mempamerkan tahap disiplin dan profesionalisme yang tinggi di mata dunia," titah baginda.

Tuanku Mizan bertitah secara langsung penugasan itu telah memperkenalkan negara ini ke mata dunia dan seterusnya menarik ramai pelancong dari luar negara. Selain itu baginda meminta rakyat Malaysia supaya tabah menghadapi kemelesetan ekonomi dunia yang berpunca daripada kenaikan harga bekalan makanan dan harga minyak global.

Baginda bertitah dalam menghadapi ekonomi dunia yang tidak begitu memberangsangkan itu, rakyat diminta bersama-sama berdoa semoga keadaan itu akan dapat diatasi dalam masa yang singkat.

"Beta berasa amat bersyukur kerana situasi di negara ini jauh lebih baik berbanding dengan negara-negara lain. Justeru, beta berharap keadaan ini tidak akan mencetuskan situasi yang menjadikan negara kita tidak stabil, kacau bilau serta huru-hara," titahnya.

Tuanku Mizan bertitah sempena Hari Pahlawan, berharap semua pihak di negara ini perlu mengenang dan menghargai jasa pahlawan negara terdiri daripada anggota tentera dan polis yang telah terkorban dan tercedera demi mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

"Nilai pergorbanan mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan serta kedaulatan negara amat tinggi dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Keberanian mereka dalam memerangi musuh dan menjaga keselamatan negara memang tiada tolok bandingnya dalam menentukan seluruh rakyat jelata dapat menikmati kehidupan yang aman dan makmur," katanya.

Titah baginda bagi menghargai mereka, pahlawan yang masih hidup termasuk balu dan keluarganya yang telah berkorban wajar diberikan sokongan dalam sebarang bentuk sekalipun.

7/14/08

AKADEMIK, SAHSIAH KENA SEIMBANG- RAJA NAZRIN

DEWAN BARU: Raja Nazrin Shah menandatangani plak tanda perasmian Dewan Sultan Yussuf di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf, Batu Gajah sambil diperhatikan Mohammad Nizar

Nilai murni persiapan hadapi ujian pangkat

Nilai dan harga diri mempunyai pengaruh besar dalam menentukan seseorang yang menjawat pangkat tinggi dan jawatan penting berjaya melalui ujian memenuhi tanggung jawab serta diberikan penilaian yang positif oleh masyarakat.

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, bertitah ramai yang mendapat pangkat dan jawatan, namun sedikit yang berjaya menghadapi ujian untuk meninggalkan nama yang harum sepanjang zaman. Ini kerana, titahnya, pangkat atau jawatan bukan sekadar memberikan kuasa dan pengaruh tetapi juga meletakkan seseorang menghadapi ujian serta penilaian.

"Beta amat bersyukur kerana ketika beta melalui era pembentukan diri, beta berada di bawah naungan bimbingan ayahanda bonda yang senantiasa menyemaikan nilai-nilai murni. Nilai-nilai yang menekankan aspek ketinggian budi, kehalusan bahasa, nilai-nilai keadilan dan kemanusiaan, perundangan, akhlak dan tatasusila, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran, disiplin, dedikasi dan komitmen, ketuhanan dan adat budaya Melayu, menghormati ibu bapa dan kesopanan.

“Seseorang yang memperlihatkan pekerti tinggi, senantiasa menghormati insan lain, tidak merasakan bahawa dia seorang saja yang benar dan orang lain sentiasa salah. Sebaliknya dia sentiasa menyedari bahawa dirinya juga tidak sempurna dan turut mempunyai kekurangan, turut memiliki kelemahan dan dirinya juga tidak maksum daripada dosa.”

Baginda bertitah pada Hari Penghargaan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf dan Perasmian Dewan Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak. Turut berangkat, Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan isteri, Datin Seri Fatimah Taat.

Justeru, Raja Dr Nazrin bertitah, ibu bapa dan guru hendaklah mengimbangkan pencapaian luaran, iaitu kecemerlangan akademik anak dengan membina kekuatan dalaman melalui penyemaian nilai-nilai murni di jiwa pelajar.

7/8/08

Agong diminta campur tangan, hak bumiputera makin terhakis

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin diminta campur tangan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera yang semakin berleluasa sekarang.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) membuat saranan itu ekoran tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil kuota biasiswa pelajar-pelajar bumiputera untuk diberikan kepada pelajar-pelajar bukan bumiputera.

Beliau memberitahu, di bawah skim biasiswa JPA yang baru, JPA telah memberikan 700 peruntukan biasiswa untuk pelajar bumiputera kepada pelajar bukan bumiputera.

“Biasiswa JPA kekal sebanyak 2,000 tawaran setahun dan tambahan untuk pelajar bukan bumiputera diambil daripada kuota pelajar bumiputera. Ini menjadikan nisbah pemberian biasiswa JPA itu kini adalah 50 peratus untuk bumiputera, 45 peratus untuk bukan bumiputera dan lima peratus lagi kepada lain-lain kaum,” katanya ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menegaskan: “Perkara ini tidak boleh diterima memandangkan nisbah itu tidak adil kerana jumlah penduduk bumiputera di negara ini adalah 67 peratus dan nisbah tawaran biasiswa JPA dulu ialah 90 peratus bumiputera dan 10 peratus bukan bumiputera.”

Menurut Khairy, tindakan mengubah nisbah itu adalah satu langkah yang tidak bijak kerana sepatutnya jumlah tawaran biasiswa itu diperbesarkan agar hak bumiputera tidak diambil manakala penambahan tawaran biasiswa dapat diberikan kepada bukan bumiputera.

“Saya harap perkara ini tidak disalahfahamkan. Saya harap semua pelajar yang cemerlang diberi peluang tanpa mengira mereka pelajar bumiputera atau bukan bumiputera tetapi tambahan tawaran biasiswa itu tidak boleh diambil daripada kuota untuk pelajar bumiputera,” katanya.

Sementara itu, Razali Ibrahim (BN-Muar) ketika berucap membahaskan Kajian Separuh Penggal RMK-9 menggesa kerajaan melaksanakan satu dasar yang memperuntukkan cuti khas kepada rakyat beragama Islam yang ingin mengerjakan haji terutama bagi mereka yang pertama kali menunaikan ibadah itu.

Sultan Perak minta PBT rancang pembangunan

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan perancangan pembangunan secara teliti supaya tidak menimbulkan kesulitan kepada rakyat pada kemudian hari. Baginda bertitah, PBT berperanan untuk memastikan rakyat dapat hidup dalam suasana selesa dan pada ketika sama kepentingan jangka panjang negara sentiasa diberikan keutamaan.

Titah baginda, faktor berkaitan pencemaran, bekalan air bersih, kesihatan, perumahan berkualiti, perkhidmatan rangkaian jalan, kebersihan dan pembuangan sisa perlu diuruskan dengan baik.

"Di negara maju, rakyat dapat hidup dalam persekitaran yang selesa, teratur dan sihat kerana PBT sentiasa tegas menguatkuasa undang-undang dan memastikan segala peraturan dipatuhi serta tiada ruang untuk kompromi terhadap perkara yang dianggap mengancam kesihatan dan keselamatan penduduk. PBT yang berjaya melaksanakan tugas dengan cekap lagi berkesan bukan saja memberikan keselesaan hidup kepada rakyat tetapi turut memberi imej positif kerajaan di mata rakyat," titah baginda ketika berucap merasmikan bangunan baru Majlis Daerah Kinta Barat (MDKB) di sini, semalam.

Turut hadir Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Di Hilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Bangunan baru MDKB itu yang terletak di Jalan Haji Abdul Wahab berharga RM10 juta dibina pada Mei 2006 dan mula diduduki pada 6 Jun lalu.

Sultan Azlan bertitah, kerjasama orang ramai amat penting untuk memastikan rakyat dapat hidup dalam persekitaran, yang bukan dengan pertambahan kemudahan fizikal tetapi dari segi kemajuan pemikiran masyarakat.

"Dalam menjalankan tugas penguat kuasa pula masyarakat harus dididik supaya sama-sama dapat memahami lalu mendukung hasrat PBT untuk mewujudkan satu persekitaran hidup berkualiti untuk faedah rakyat," titah baginda.

Baginda juga mahu ahli majlis PBT melihat tanggungjawab yang diberikan kepada mereka sebagai satu amanah dan melaksanakan tugas dengan komitmen tinggi.

PAS minta suruhanjaya selesai kecelaruan politik


Dewan Pemuda Pas meminta Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya memperkenankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja dibentuk bagi menyelesaikan kecelaruan politik negara sekarang.

Ketuanya, Salahuddin Ayob berkata, suruhanjaya itu boleh menamatkan rasa bimbang rakyat dengan situasi perebutan kuasa serta fitnah yang melibatkan pihak berkuasa negara ini. Kita percaya semua orang risau dengan keadaan politik negara hari ini. Kita mahu pihak istana mengambil tindakan segera sebelum keadaan menjadi semakin serius.

''Pelbagai tuduhan dan akuan sumpah timbul akhir-akhir ini. Suruhanjaya Diraja boleh menyelesaikan semua masalah itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Memorandum itu disampaikan kepada Pegawai Pentadbir Istana Negara, Sofuan Ibrahim.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, suruhanjaya yang bakal ditubuh nanti perlu dianggotai tokoh negara selain bekas hakim yang berwibawa. Biar suruhanjaya ini dianggotai bekas hakim negara. Ia dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara.

Sehubungan itu jelasnya, beliau turut meminta Tuanku Mizan menitahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk bercuti sementara siasatan suruhanjaya itu selesai.

7/4/08

100 NGO serah memorandum bantahan kepada Sultan Selangor

Sekumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu dalam hal ehwal Islam.

Seramai 200 anggota pelbagai NGO itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Pengiring Sultan, Komander Ahmad Ramli Kardi, di Istana Bukit Kayangan di sini.

Jurucakap mereka, Datuk Abdul Abdul Rahman Palil, berkata antara bantahan yang terkandung dalam memorandum itu ialah mengenai penyalahgunaan masjid sebagai medan berpolitik selain kewujudan semakin ramai penceramah dan khatib tidak bertauliah.

“Memorandum ini bertujuan agar keadaan yang berlaku ini dapat diperbetulkan memandangkan Tuanku Sultan adalah ketua agama di negeri ini,” katanya kepada pemberita.

Abdul Rahman berkata memorandum itu juga menyebut mengenai pembinaan rumah ibadat tanpa memikirkan keperluan serta sensitiviti kaum serta mengenai isu zakat.

MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA BERMULA


Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail; Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail; Sultan Perak Sultan Azlan Shah; Pemangku Sultan Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah dan Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara
Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-214 bermula hari ini di Istana Negara. Mesyuarat dua hari itu dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Sultan Pahang, Sultan Johor dan Sultan Terengganu yang masing-masing menghantar wakil.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili oleh Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Turut hadir ialah Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin dijadual menghadiri mesyuarat hari kedua di Istana Melawati, Putrajaya esok dengan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

7/3/08

PRESIDEN BOSNIA AKHIRI LAWATAN

Yang di-Pertuan Agong menerima kunjungan hormat Dr. Haris Silajdzic di Istana Negara sebelum beliau mengakhiri lawatan ke Malaysia.

Bosnia dan Herzegovina, Dr. Haris Silajdzic menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada satu majlis perpisahan, sekaligus mengakhiri lawatan rasminya ke Malaysia.

Silajdzic diiringi Ahli Jemaah Presiden Nebojsa Radmanovic, Menteri Hal Ehwal Awam, Sredoje Novic dan Duta Bosnia dan Herzegovina ke Malaysia, Mustafa Mujazinovic. Turut hadir Duta Malaysia ke Bosnia dan Herzegovina, Zulkifli Adnan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Johari Baharom.

Silajdzic kemudian menerima tabik hormat kawalan kehormatan daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota pangkat-pangkat lain, diketuai Mejar Muhamad Qadri Abu Bakar dengan diiringi lagu kebangsaan kedua-dua negara.

Terdahulu, Presiden Bosnia dan Herzegovina mengunjungi Muzium Kesenian Islam dan meluangkan masa kira-kira sejam melawat beberapa galeri di muzium itu antaranya Galeri al-Quran dan Manuskrip, Galeri Dunia Melayu dan Galeri Senibina.

Silajdzic dan delegasinya turut melawat Menara Berkembar Petronas dan dibawa menyaksikan keindahan Kuala Lumpur dari jambatan udara di Tingkat 42 dan melawat galeri VIP di Tingkat 85 di bangunan menara itu. Silajdzic berlepas pulang ke Bosnia malam ini.Silajdzic dan delegasinya turut melawat Menara Berkembar Petronas dan dibawa menyaksikan keindahan Kuala Lumpur dari jambatan udara di Tingkat 42 dan melawat galeri VIP di Tingkat 85 di bangunan menara itu. Silajdzic berlepas pulang ke Bosnia malam ini.

PEGAWAI AGAMA MESTI BEBAS PENGARUH POLITIK


RAJA Dr. Nazrin Shah bersalam dengan Orang Besar Jajahan pada majlis menghadap di Kompleks Islam, Ipoh, Perak



Raja Dr Nazrin mahu masjid, surau jadi medan satukan ummah

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, mahu pegawai agama bebas daripada politik kepartian atau pengaruh mana-mana pemimpin dan kumpulan politik dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab urusan agama Islam.

Baginda bertitah, urusan agama Islam sama sekali tidak harus dibenar untuk dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Masjid dan surau tidak wajar dijadikan pentas untuk permainan politik, sebaliknya hendaklah menjadi instrumen perpaduan untuk menyatupadukan ummah.

"Oleh itu sebarang kegiatan yang boleh memecah-belahkan ummah tidak boleh dibenarkan berlaku dalam masjid dan surau," titah baginda pada majlis sembah menghadap Orang Besar Jajahan (OBJ) Perak dan pegawai tadbir agama daerah di Kompleks Islam di Ipoh.

Sehubungan itu, Raja Dr Nazrin mahu Orang Besar Jajahan yang menjadi wakil Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di daerah masing-masing menjadi telinga dan mata Sultan dalam mengawasi kegiatan agama Islam di kawasan mereka.

"Mereka (OBJ) dapat memberikan nasihat dan turut melaporkan ke pengetahuan beta apabila berlaku perkara tidak betul berkaitan agama, demikian juga dengan aktiviti yang berlangsung di masjid. Beta wajib memberikan peringatan bahawa Perlembagaan Persekutuan meletakkan kedudukan Sultan sebagai ketua agama negeri. Raja Pemerintah memiliki kuasa mutlak dalam urusan agama Islam. Raja pemerintah berada di atas politik kepartian, bersikap bebas dan berkecuali daripada sebarang pengaruh atau kepentingan politik kepartian," titah baginda.

Pada majlis itu, Raja Dr Nazrin turut mengulangi titah ayahanda baginda, Sultan Azlan Shah ketika merasmikan pembukaan penggal pertama, Dewan Undangan Negeri ke-12, pada 24 Jun lalu yang memperingatkan lima perkara mengenai Islam.

Pertama, Islam agama yang diberikan pengiktirafan khusus dalam Perlembagaan Negara, diiktiraf sebagai agama rasmi dengan diberikan keistimewaan dan perlindungan.

Kedua, Islam adalah tunjang utama dalam pembentukan minda dan budaya khususnya di kalangan orang Melayu.

Ketiga, Islam menganjur umatnya untuk menghormati agama lain dan tidak bermusuh dengan penganut agama lain selagi kemuliaan Islam tidak dipersendakan, selagi umat Islam tidak dihina dan selagi hak umat Islam tidak dicerobohi.

Keempat, perkara menyentuh agama tidak wajar diuji dan dicabar kerana isu agama sangat sensitif dan sangat menyentuh emosi, boleh menjejaskan ketenteraman awam hingga ke peringkat boleh mencetuskan perang saudara.

Kelima, masjid dan surau adalah rumah suci Allah dan hendaklah bebas daripada pengaruh mana-mana fahaman politik kepartian dan demi menjamin perpaduan ummah, masjid serta surau tidak harus dijadikan pentas untuk kempen politik kepartian.

Tuanku Nur Zahirah berkenan terima buku Adab Raja-Raja Melayu



PERSEMBAH CENDERAMATA: Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan menerima buku Adab Raja-Raja Melayu yang disampaikan Mohd Shafie pada Majlis Pelancaran Kelab Membaca Kebangsaan dan Festival Membaca 2008 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra

Tiket teater muzikal untuk rumah kebajikan


Tiket teater muzikal untuk rumah kebajikan: RAJA Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, berkenan menerima replika tiket teater muzikal 'Disney's Beauty and the Beast' daripada Pengarah Urusan Yvents Sdn Bhd, Yvette Kang di Carcosa Sri Negara, di Kuala Lumpur, semalam. Sebanyak 200 tiket bernilai RM50,000 diberikan kepada Raja Dr Nazrin bagi pihak Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Perak dan Kuala Lumpur untuk persembahan hari ini dan esok. Baginda menyifatkan peluang seperti itu sangat dinantikan dan bakal menjadi pengalaman seumur hidup penghuni rumah kebajikan berkenaan.

6/30/08

ELAK TERLALU TAKSUB KEPADA PRESTASI AKADEMIK- RAJA NAZRIN

KENAL MESRA: Raja Dr Nazrin Shah dan Tuanku Zara beramah mesra dengan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati selepas sesi bergambar kenang-kenangan sempena Majlis Anugerah Cemerlang sekolah itu.

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, sistem penilaian dalam pendidikan yang terlalu taksub kepada prestasi pencapaian akademik semata-mata adalah bercanggah dengan hukum alam.Baginda bertitah, keadaan itu menyebabkan pandangan pendidikan menjadi kabur, tidak berfikiran jauh lalu gagal mentafsir falsafah pendidikan yang lebih luas lagi komprehensif.

Menurut baginda, sistem dan pendekatan pendidikan di negara maju memberikan ruang untuk berlakunya fleksibiliti bagi membangunkan potensi modal insan sejak usia awal.

''Negara maju tidak sekadar berjaya melahirkan cerdik pandai dan cendekiawan yang agung, malah di negara-negara maju jugalah lahirnya majoriti jaguh-jaguh agung di bidang sukan, seni, sastera, lakonan, teater, pereka fesyen dan bermacam-macam bidang lagi.Ini kerana masyarakat di negara maju mentafsir dan memahami secara lebih mendalam falsafah yang tersirat di sebalik khazanah alam yang tersurat ini, lalu menerima realiti kepelbagaian insan, memberikan segala dorongan, dan membina prasarana untuk tunas-tunas muda berbakat itu dapat berkembang,'' titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2008 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati, Setapak di sini hari ini. Pada majlis itu, Raja Nazrin turut menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM100,000 untuk tabung pembangunan sekolah itu. Turut berangkat ialah isteri baginda, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim yang menyampaikan anugerah kepada 45 pelajar dan 36 guru subjek.

Raja Nazrin bertitah, sekolah perlu menjadi tapak semaian untuk membangunkan pelbagai bakat, mengiktiraf pelbagai potensi serta mengembangkan pelbagai minat pelajar.

''Sekolah hendaklah berperanan sebagai dusun yang membolehkan semua pohon tumbuh subur membuahkan hasil. Setiap anak didik perlu diiktiraf kebolehan dan keupayaan mereka kerana setiap mereka ada peranannya dalam masyarakat dan dalam negara," titah baginda.

Baginda menegaskan, setiap individu mempunyai peranan penting malah setiap pekerjaan halal adalah mulia. Titah baginda, negara dan dunia tidak dapat berfungsi sepenuhnya jika kesemua warga dunia menjadi profesor di universiti.

''Jika kesemua insan telah menjadi profesor di universiti, siapakah pula yang akan menghasilkan padi di sawah dan mengeluarkan kapas untuk membuat pakaian?'' titah baginda.

TLDM perlu seimbang kuasai ilmu ketenteraan, akademik

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mesti mempunyai keupayaan seimbang antara akademik dan ilmu ketenteraan kerana sistem persenjataan moden memerlukan pengendali berilmu tinggi dalam peperangan. Baginda bertitah, pencapaian akademik dan ilmu ketenteraan perlu ditingkatkan bagi memastikan anggota TLDM mahir dalam mengendalikan senjata dan mengatur strategi peperangan.

"Warga TLDM juga wajar mengkaji sejarah kewujudan, keagungan dan peranan tentera laut di seluruh dunia terutama ketika berhadapan dengan peperangan dan mempertahankan keselamatan negara. Sejarah kejayaan dan kegagalan tentera laut dari negara lain perlu dijadikan iktibar untuk memperkuat lagi TLDM sekali gus memastikan ia lebih mantap, digeruni lawan dan kawan," titah baginda pada majlis istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek ke-56 dan Graduan ke-17, di KD Pelandok, Pangkalan TLDM, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Panglima TLDM, Datuk Abdul Aziz Jaafar. Seramai 61 Pegawai Kadet Kanan (PKK) Pengambilan Ke-56 dan lima Pegawai Graduan (PG) Pengambilan Ke-17 menerima pengurniaan watikah daripada Sultan Sharafuddin. Syazrie Abdul Rahman dipilih sebagai PKK Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Kelayakan Pegawai Muda dan menerima pengurniaan pedang kehormat daripada Sultan Sharafuddin yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM.

Hui Juin Hung dianugerahkan sebagai PKK Terbaik Akademik manakala Leftenan Faizul Zabari sebagai PG Terbaik Keseluruhan.

Titah baginda, warga TLDM juga perlu menyuburkan semula tradisi 'The Navy People' yang menjadi kemasyhuran pelaut dulu dan menjadikan tradisi berkenaan sebagai alat untuk bersatu padu selain menggunakan ungkapan 'naval term' sebagai satu bahasa dan kebanggaan di kalangan pegawai dan anggota TLDM.

"Pada masa sama, beta mengingatkan supaya warga TLDM tidak melupakan cabaran lain yang dihadapi pada peringkat antarabangsa terutama membabitkan perkembangan teknologi maklumat yang begitu pantas memberi kesan kepada keselamatan dunia," titah baginda.

BATU PUTIH: RAKYAT WAJAR SOKONG SULTAN JOHOR

Rakyat perlu memberi sokongan terhadap hasrat Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail yang tetap mahu berikhtiar untuk mendapatkan semula kedaulatan ke atas Batu Putih walaupun Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan hak itu diberi kepada Singapura.Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Singapura yang bertindak keluar dari Malaysia pada tahun 1965 tidak berhak atas sebarang tanah jajahan di negeri ini.

"Apa yang dititahkan Sultan Johor memang benar dan kita patut memberi sokongan padu kepada Sultan Johor, Batu Putih memang milik kita," katanya ketika berucap pada satu majlis anjuran Kelab Veteran Melayu Johor di Hotel M-Suites di sini hari ini.

Pada 20 Jun lalu, Sultan Iskandar Ismail bertitah, baginda akan berikhtiar mencari jalan mendapatkan semula hak kedaulatan ke atas Batu Putih yang kini dimiliki Singapura.

ICJ pada 23 Mei lalu memutuskan hak kedaulatan Batu Putih kepada Singapura manakala Batuan Tengah kepada Malaysia sementara Tubir Selatan diberikan pada negara yang berada di perairannya.

Menurut Tengku Razaleigh, keputusan ICJ tersebut nyata membelakangkan fakta sejarah dan soal kedaulatan bentuk maritim tersebut memberi kesan mendalam kepada penduduk Johor.

"Saya telah berbincang dengan pihak yang boleh memberi pendapat perundangan mengenai kes Batu Putih ini, berdasarkan kedaulatan, apa yang diputuskan oleh ICJ itu tidak tepat," katanya.

6/25/08

ADUN DAP ENGGAN KOMEN TEGURAN SULTAN JOHOR



Siapa yang bersalah? ADUN DAP atau Sultan Johor atau kita sendiri? Tepuk dada tanyalah hati........

RAJA PERLU JANGKAU TUGAS RASMI

RAJA Zarith Sofiah menunjukkan salah satu daripada koleksi diraja di bilik Seri Nilam, Istana Budaya

Isteri Tunku Mahkota Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris berharap raja dan kerabat dapat memberi sumbangan yang menjangkau peranan rasmi terutamanya melibatkan kebajikan rakyat. Baginda bertitah, pembabitan dalam aktiviti kemasyarakatan sama ada di peringkat nasional atau negeri akan membolehkan mereka dilihat sebagai benar-benar jujur menyertai kehidupan dan aspirasi rakyat.

''Dengan turun padang, mereka akan lebih prihatin dan memahami cara hidup dan pemikiran rakyat. Raja juga akan lebih dihormati dan mempunyai kedudukan mulia dalam hati dan sanubari rakyat jelata,'' titah baginda pada Pameran Seni dan Diraja 2008 di Istana Budaya.

Pameran yang merungkai keistimewaan golongan istana bakal disertai sembilan kerabat diraja seluruh negara yang mempersembahkan koleksi peribadi bertujuan mengukuhkan ikatan istana dengan rakyat jelata. Ia dianjurkan oleh Persatuan Pereka Bumiputera dengan kerjasama Yayasan Dunia Melayu pada awal Ogos depan.

Turut hadir Datuk Raja Mahkota Perempuan Perak, Tengku Nazhatul Shima Sultan Idris; Tengku Zalila Tengku Kamaruzzaman; Presiden Persatuan Pereka Bumiputera, Mahani Awang dan Pengarah Eksekutif Yayasan Dunia Melayu, Nisriwani Yahaya.

Raja Zarith Sofiah bertitah, kerabat diraja boleh memainkan peranan utama dalam bidang pendidikan bagi mempertingkatkan tahap kesedaran rakyat seperti belia dan wanita. Titah baginda, sebagai penaung masjid, institusi pengajian tinggi (IPT), kebudayaan dan kesenian, mereka boleh memperbanyakkan program dan aktiviti yang berasaskan pengetahuan.

''Bagi menangani cabaran moden yang dihadapi agama Islam di dalam dan luar negara, peranan raja dan kerabat menjadi lebih penting dalam menyatupadukan ummah terutamanya rakyat berbilang kaum dan agama. Dalam perkara ini, naungan yang lebih luas boleh dihulurkan kepada agama-agama lain dalam negara ini,'' titahnya.

JANGAN CABAR ISLAM- Sehingga menimbulkan kegelisahan rakyat – Sultan Azlan

SANJUNG PEMERINTAH: Sultan Azlan Shah beramah mesra dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar, Keshwinder Singh a/l Keshmir Singh, ketika berangkat bagi merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-12 di Ipoh, semalam.


Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengingatkan rakyat supaya jangan menguji dan mencabar isu-isu berkaitan agama Islam hingga ke peringkat yang boleh menimbulkan kegelisahan rakyat. Menurut baginda, ketenteraman awam boleh terjejas dan perang saudara mungkin tercetus kerana perkara mengenai agama sangat sensitif dan menyentuh emosi.

“Islam menganjur umatnya untuk menghormati agama lain dan tidak bermusuh dengan penganut agama lain selagi kemuliaan Islam tidak dipersenda, selagi Islam tidak dihina dan selagi hak umat Islam tidak dicerobohi,” titah Sultan Azlan ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini.

Perak diperintah kerajaan campuran Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu apabila ketiga-tiga parti itu menguasai 31 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) memiliki 28 wakil dalam DUN Perak yang mempunyai 59 kerusi. Baginda turut mengingatkan anggota Dewan Undangan Negeri Perak supaya memelihara kemuliaan dewan menerusi perkataan, perbuatan serta tingkah laku selain cara dan adab berpakaian bagi menghormati adat dan resam yang melambangkan kemurnian budaya dan ketinggian tamadun.

Sultan Azlan bertitah, agama Islam diberi pengiktirafan khusus dalam Perlembagaan Negara dan menjadi tunjang utama dalam pembentukan minda serta budaya khususnya dalam kalangan orang Melayu. Titah baginda, berdasarkan latar belakang tersebut, Islam diterima dan diiktiraf sebagai agama rasmi dengan diberikan keistimewaan dan perlindungan sewaktu perjanjian merdeka dirintis. Justeru, baginda bertitah, masjid dan surau yang merupakan rumah suci Allah juga hendaklah bebas daripada pengaruh mana-mana fahaman politik kepartian.

“Demi menjamin perpaduan ummah, beta sama sekali tidak membenarkan masjid dan surau dijadikan pentas untuk menjalankan kempen-kempen politik kepartian,’’ tegas baginda.

Pada masa sama, Sultan Azlan mahu kemuliaan DUN Perak dan adat sopan ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa dipelihara baik secara perkataan, perbuatan dan tingkah laku. Tata cara dan adab berpakaian setiap wakil rakyat, titah baginda, juga hendaklah menghormati adat dan resam yang melambangkan kemurnian budaya dan ketinggian tamadun.

‘‘Beta berharap agar persidangan pertama DUN Perak kali ini dapat berlangsung dalam suasana harmoni serta berupaya menghasilkan pandangan dan idea bernas hingga dapat dijadikan panduan kepada anggota pentadbiran kerajaan,’’ titah Sultan Azlan.

Baginda turut berharap agar kerajaan negeri yang telah diberi perkenan untuk dibentuk berikutan pemilihan yang telah dilakukan oleh rakyat dapat mengotakan segala janji pembangunan. Sejak merdeka pada tahun 1957, inilah kali pertama kerajaan negeri Perak tidak diperintah oleh perikatan parti UMNO, MCA dan MIC yang menjadi tunjang BN.

“Masa berkempen telah berakhir dan kata-kata yang menjurus kepada kepentingan politik kepartian hendaklah dihentikan,” titah baginda.
Menurut Sultan Perak, mengurus sebuah kerajaan memerlukan pendekatan berlainan dengan era berkempen dan segala tindakan hendaklah disandarkan kepada undang-undang dan peraturan.

Titah Baginda: ‘‘Perbuatan rasuah, diskriminasi dan salah guna kuasa tidak harus dibenarkan berlaku. Beta menyeru supaya semua pihak memiliki azam dan kesungguhan untuk memaju dan membangunkan negeri Perak.”

6/22/08

MELAYU PERLU KUAT - Jangan sampai terima nasib terpaksa musafir di bumi sendiri – Raja Nazrin

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah bangsa Melayu perlu kuat daripada segala aspek supaya terus gagah, berhati cekal, bersemangat waja dan berupaya mendaki gunung tinggi serta bertenaga menyeberangi lautan luas. Titah baginda, adalah malang jika bangsa Melayu menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri dan terpaksa bermusafir di bumi sendiri.

“Anak bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung,’’ titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, kejayaan anak bangsa pada masa sekarang adalah atas pengorbanan, keringat, kesusahan dan usaha generasi terdahulu. Titah baginda, bangsa yang dapat meneruskan kelangsungan dan mengekalkan tamadun agungnya adalah bangsa yang tidak memutuskan diri dengan akar sejarah, malah senantiasa menghargai pengorbanan generasi terdahulu. Baginda bertitah, MCKK menjadi kampung cerdik pandai Melayu yang terpilih daripada kalangan yang paling cerdas berasaskan prestasi pencapaian akademik.

‘‘Di sinilah asuhan, di sinilah bimbingan dilakukan dalam usaha membina modal insan untuk meneruskan kelangsungan bangsa di bumi warisan turun temurun. Permata-permata bangsa ini diserahkan untuk digarap, dicanai oleh barisan para pendidik. Garap dan canailah permata-permata bangsa ini supaya dapat menyinar cahaya kepada bangsanya dan negara. Bisikkan kepada mereka akan petua orang- orang tua bahawa kiambang adalah kiambang, biduk berlalu bertautlah ia.

‘‘Pesankan kepada mereka jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan jangan terlalu ghairah bersahabat dengan musuh kerana sejak zaman dahulu lagi, terlalu banyak musang yang berbulu ayam, terlalu banyak sokong yang membawa rebah. Ingatkanlah mereka akan sejarah bangsanya yang bernegara berlandaskan adat rakyat bersultan, negeri beraja. Dan keupayaan menghasilkan wira bangsa yang hebat berpencak di gelanggang dunia dapat dilaksanakan,’’ titah baginda.

ANUGERAH


ANUGERAH: Tuanku Syed Sirajuddin menyampaikan hadiah kepada pelatih terbaik, Nurul Raihana Abu Bakar pada Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi di USM, semalam. Turut hadir Musa (dua dari kiri).

TITAH SULTAN JOHOR SENTUH HATI RAKYAT JOHOR

Tindakan Sultan Johor, Sultan Iskandar yang berikrar untuk mendapatkan semula hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih yang kini dimiliki Singapura telah menyentuh hati semua rakyat Johor.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, rakyat Johor turut bersedih berikutan kehilangan pulau itu kepada Singapura dan ikrar baginda itu perlu dijadikan sebagai azimat dan peringatan kepada rakyat negeri ini.

"Sebagai salah seorang rakyat Johor, saya tersentuh apabila sultan bertitah akan berikhtiar bagi mendapatkan semula pulau tersebut, biarpun berapa lama masa yang diambil.Bukan mudah bagi kita untuk menyerahkan hak kedaulatan kita selama ini kepada sebuah negara lain," katanya.

Sultan Iskandar kelmarin bertitah bahawa baginda akan berikhtiar untuk mencari jalan bagi mendapatkan semula hak kedaulatan ke atas Batu Putih yang kini dimiliki Singapura kerana menurut baginda, pulau itu adalah hak kerajaan Johor.

Pada 23 Mei lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda memutuskan hak kedaulatan Batu Putih diberikan kepada Singapura, manakala Batuan Tengah kepada Malaysia, sementara Tubir Selatan diberikan kepada negara yang berada di perairannya.

Raja Nazrin mahu MCKK taraf dunia

INGIN TAHU: Raja Nazrin sambil diperhatikan Hishammuddin dan Mohd Rauhi (kiri) melihat reka bentuk jentera Formula One ketika melawat pameran selepas majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah MCKK 2008, di Kuala Kangsar, semalam.


Raja-Raja Melayu sejak lebih 100 tahun lalu memiliki wawasan jauh dan pemikiran radikal untuk mempersiapkan bangsanya dengan pendidikan berkualiti tinggi agar berupaya menghadapi cabaran dunia.

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, bertitah keprihatinan pihak istana berjaya menubuhkan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), di sini pada 1905. Titahnya, MCKK perlu sentiasa disuntik dengan nafas baru agar kekal dihormati sebagai institusi pendidikan menengah terunggul di negara ini. Baginda bertitah, kualiti pendidikan di MCKK perlu ditingkatkan ke taraf dunia supaya tradisi melahirkan pemimpin yang berwibawa dapat diteruskan.

“Identiti MCKK dari segi bentuk, tenaga pengajar, kurikulum dan kokurikulum haruslah mempunyai keunikan. Negara haruslah melihat kedudukan MCKK dari kaca mata penilaian berbeza dan tidak wajar disamakan dengan institusi pendidikan lain,” katanya ketika bertitah pada perasmian Hari Ucap dan Penyampaian Hadiah MCKK 2008. Hadir sama Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pengetua MCKK, Mohd Rauhi Mohd Isa.

Raja Dr Nazrin bertitah, MCKK adalah tempat terkumpulnya anak bangsa yang terpilih daripada kalangan yang paling cerdas berasaskan prestasi pencapaian akademik. Titahnya, pendidik mestilah mengasuh dan mengasah pelajar berkenaan supaya menjadi insan berguna kepada bangsa dan negara.

“Bisikkan kepada mereka akan petua orang tua-tua, bahawa kiambang adalah kiambang, biduk berlalu bertautlah ia. Pesankan kepada mereka jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan jangan terlalu ghairah bersahabat dengan musuh kerana sejak zaman dulu lagi terlalu banyak musang yang berbulu ayam, terlalu banyak sokong yang membawa rebah. Ingatkanlah mereka akan sejarah bangsanya bernegara berlandaskan adat rakyat bersultan, negeri beraja,” titahnya.

Raja Dr Nazrin yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola MCKK bertitah, bekas pelajar kolej itu akan menubuhkan Yayasan MCKK untuk membantu membangunkan kolej itu supaya kekal sebagai kolej pengajian terbilang tanpa terlalu bergantung pada sumber kewangan kerajaan.

Sultan Johor tegur tindakan ADUN DAP

Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail menegur tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tong Hiang yang tidak mematuhi etika berpakaian semasa majlis pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, kelmarin.

Sultan Iskandar menyifatkan tindakan wakil rakyat DAP itu sebagai cuba menunjuk-nunjuk untuk menjadi 'jaguh'.

"Di sini kelmarin, ada yang tunjuk jaguh tak nak pakai baju (pakaian rasmi). Kalau nak (jadi jaguh), keluar dari sini (tunjukkan diri) sekarang," titah baginda semasa merasmikan pengisytiharan Daerah Kulai yang kini dikenali sebagai Daerah Kulaijaya, di sini hari ini.

Turut berangkat Sultanah Johor, Sultanah Zanariah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail dan isteri, Raja Zarith Sofiah; dan Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

Hadir sama ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abd. Latiff Yusof dan Pegawai Daerah Kulaijaya, Elias Hasran.

Tong Hiang tidak hadir pada majlis tersebut.

Pada pembukaan persidangan DUN Johor di Bukit Timbalan, Johor Bahru yang disempurnakan oleh Sultan Johor Khamis lalu, Tong Hiang dihalau keluar oleh Speaker, Datuk Mohd. Ali Hassan sebelum majlis bermula kerana tidak memakai pakaian rasmi.

Wakil rakyat DAP itu, yang hanya memakai kot dan tidak bersongkok, menyaksikan majlis pembukaan tersebut di luar Dewan.Tindakan Tong Hiang itu diselar pelbagai pihak kerana dianggap melampau dan tidak menghormati peraturan yang telah ditetapkan sejak sekian lama.

Sementara itu, Abdul Ghani yang ditemui pada majlis perisytiharan Daerah Kulaijaya sekali lagi mengingatkan semua wakil rakyat dan orang ramai supaya mematuhi peraturan berpakaian semasa menghadiri majlis-majlis rasmi yang disempurnakan oleh Sultan Johor.

"Bagi orang Melayu, mereka mesti memakai baju Melayu teluk belanga dan bersongkok, manakala yang bukan Melayu memakai kot dan bersongkok. Di istana, golongan wanita mesti bertudung. Rakyat juga perlu memakai pakaian berkenaan. Pada majlis perasmian persidangan DUN pula, semua wakil rakyat mesti memakai pakaian rasmi lengkap dan bersongkok," katanya.

Ditanya adakah Tong Hiang akan dikenakan tindakan seperti digantung daripada menghadiri persidangan DUN, Abdul Ghani berkata, tindakan telah dikenakan pada hari perasmian itu apabila beliau diarahkan keluar Dewan.

6/20/08

SULTAN JOHOR AKAN IKHTIAR DAPATKAN SEMULA BATU PUTIH

Sultan Johor, Sultan Iskandar bertitah, baginda akan berikhtiar mencari jalan mendapatkan semula hak kedaulatan ke atas Batu Putih yang kini dimiliki Singapura.

Baginda bertitah, pulau berkenaan bukan milik republik itu, sebaliknya hak kerajaan Johor.

“Saya akan berikhtiar mencari jalan mendapatkan semula hak kedaulatan Batu Putih yang kini dimiliki Singapura supaya kembali kepada kerajaan Malaysia. Suka saya ingatkan bahawa saya tidak lupa pada Batu Putih. Pulau itu bukan hak Singapura, tetapi hak Johor. Sampai bila pun saya akan cari ikhtiar dapatkan semula pulau milik Johor itu,” titah baginda.

Sultan Iskandar bertitah demikian semasa merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Turut hadir ialah Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail; Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Pada 23 Mei lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda memutuskan hak kedaulatan Batu Putih diberikan kepada Singapura, manakala Batuan Tengah kepada Malaysia sementara Tubir Selatan diberikan kepada negara yang berada di perairannya.

Kedaulatan Tubir Selatan pula akan menjadi milik negara yang menguasai perairannya. Keputusan mahkamah itu menamatkan pertikaian kedua-dua negara berhubung tuntutan ke atas muka bumi itu sejak 28 tahun lalu.

Terdahulu, Sultan Iskandar mengingatkan rakyat dan pemimpin supaya menolak unsur melampau sama ada dari segi perkauman atau agama, selain mengamalkan cara hidup sederhana dalam menghadapi keadaan ekonomi sekarang.

"Semua pemimpin dan rakyat hendaklah berpegang teguh kepada Rukun Negara serta Perlembagaan dan Ahli-Ahli Dewan Negeri yang dipilih hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, ikhlas dengan memahami hasrat serta harapan rakyat," titah baginda.

Baginda turut yakin Johor akan terus maju di bawah kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

"Beta bersyukur kerana kita dapat terus berada dalam keadaan selamat, aman dan damai," titah baginda.

Sementara itu, Abdul Ghani ketika diminta mengulas titah Sultan Johor itu berkata, pihaknya akan mengambil kira perkara yang dibangkitkan oleh baginda.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

MELAYU RUGI BERPECAH

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melahirkan kebimbangan terhadap perpecahan di kalangan orang Melayu kerana ia boleh mendatangkan kesan yang merugikan masa depan kaum itu. Baginda bertitah, apabila orang Melayu tidak bersatu, mereka seolah-olah menyerah dan melepaskan kuasa yang ada dan akhirnya boleh mengakibatkan bukan sahaja orang Melayu tidak relevan malah agama Islam juga terpinggir.

Sehubungan itu, Tengku Mahkota menyarankan agar perpaduan Melayu digerak dan diusahakan tanpa berlandaskan sebarang fahaman atau ideologi politik. Dalam masa sama, baginda berharap, institusi raja Melayu tidak seharusnya dianggap musuh oleh pihak tertentu di negara ini sebaliknya perlu mempunyai semangat 'wujud bersama' bagi menjamin kesejahteraan dan kedaulatan negara.

Tengku Mahkota Pahang bertitah, adalah tidak adil sesetengah pihak mempertikaikan peranan raja-raja Melayu kerana kemakmuran dan kemajuan yang dikecapi negara ketika ini turut disumbangkan oleh golongan terbabit.

''Kita seharusnya memahami peranan kita sesama sendiri, bukan menjadikan institusi raja Melayu sebagai musuh pula. Saya berasa terkilan juga dengan pihak-pihak yang cuba mempersoalkan peranan raja-raja," titah baginda dalam satu wawancara yang disiarkan menerusi portal rasmi kerajaan negeri Pahang.

Baginda menegaskan, raja adalah penjaga negeri, pelindung hak orang Melayu dan ketua kepada semua kaum.

"UMNO patut mengambil kira tentang cara-cara untuk mengukuhkan institusi raja Melayu. Bukannya kita hendak kuasa lebih tetapi kita perlu kaji supaya institusi ini tidak boleh diperkotak-katik, dipersenda atau diperkecilkan oleh mana-mana pihak," titahnya.

Mengulas keadaan negara, tegas baginda, Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu menunjukkan seolah-olah cita rasa dan buah fikiran rakyat sudah berbeza dan ini yang mungkin Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya tidak menyedari atau terlepas pandang.

6/19/08

SULTAN MAHU JUMPA PEMUDA PAS


Isu bantahan konsert Ella, Mas Idayu sebelum perlawanan persahabatan dibincang

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengadakan pertemuan dengan Dewan Pemuda Pas Selangor (DPPS) bagi membincangkan isu bantahan konsert Ratu Rock, Ella dan Ratu Dangdut, Mas Idayu, yang akan diadakan sebelum perlawanan persahabatan Selangor-Singapura pada 6 Julai ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau sudah menghadap Sultan Selangor untuk berbincang mengenai isu itu dan baginda setuju bertemu dengan DPPS yang dijangka diadakan akhir bulan ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak mahu menghentikan perlawanan persahabatan itu tetapi perlu mengambil kira pandangan DPPS yang tidak setuju pemilihan Ella dan Mas Idayu kerana cara berpakaian dan persembahan mereka melanggar tatasusila orang Melayu.

"Kita mendengar pandangan semua pihak dan yakin isu ini boleh diselesaikan dengan baik. Kita yakin DPPS tidak menghalang hiburan tetapi mahu ia diadakan secara tertib dan memelihara adat budaya orang Melayu.

"Acara hiburan diperlukan untuk menarik golongan muda menyertai sukan. Pas bukan menentang hiburan tetapi mahu ia diadakan secara tertib," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini semalam.

Semalam, akhbar melaporkan Sultan Sharafuddin memberi kata dua kepada kerajaan negeri sama ada meneruskan perlawanan persahabatan itu atau memindahkan perlawanan ke Singapura berikutan bantahan itu.

Sultan Sharafuddin dilaporkan bertitah demikian selepas DPPS mengancam mengadakan protes di depan Stadium Shah Alam pada hari perlawanan sebagai bantahan pemilihan dua artis itu.

DPPS mendakwa Ella dan Mas Idayu tidak memberi imej yang baik kepada umat Islam dan mencadangkan hiburan itu diganti dengan artis yang lebih bermoral.

Sementara itu, Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Datuk Abd Karim Munisar, berkata beliau mempunyai pendirian yang sama dengan Sultan Sharafuddin.

Katanya, KDEB selaku penganjur Piala Sultan Selangor tidak ada masalah mengarahkan dua artis itu berpakaian dan berkelakuan lebih sopan ketika persembahan malam itu.

Ketua DPPS, Sallehin Mukhyi, berkata pihaknya tidak berniat menimbulkan kontroversi termasuk membuatkan Sultan Sharafuddin murka sebaliknya hanya mahu kerajaan Pakatan Rakyat mengkaji semula artis yang dipilih.

Beliau mencadangkan Mawi atau M Nasir yang banyak menyanyikan lagu berunsur nasihat dan membuat persembahan yang tidak melampaui batas.

Sallehin berkata, cadangan mengadakan perhimpunan aman jika konsert Ella dan Mas Idayu diteruskan hanyalah pandangan peribadi beliau dan bukan keputusan rasmi Pas.

It’s better for movement to explain to the Sultan, says MB

SHAH ALAM: The Selangor Government will arrange for the state PAS Youth movement to seek an audience with the Sultan of Selangor to discuss and explain the protest against two artistes performing for the Sultan of Selangor Cup match.

“It is better for PAS Youth to meet with the Sultan to explain and discuss the issue.

“The state government will try to arrange it by the end of this month,” Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said after the weekly state executive council meeting.

He said the state would not want to jeopardise diplomatic ties with Singapore.

State PAS Youth chief Sallehen Mokhyi said the movement would welcome the chance to meet with the Sultan and explain the reason behind its protest against the performance by the two singers for the match on July 6.

“We have said that we have nothing against healthy activities like sports being held in the state but the performance by the singers will not be suitable.

“We also do not object to entertainment performances being held as long as they are healthy and youths will still flock to the stadium if singers like M. Nasir were to perform,” he said.

Gerakan vice-president Datuk Dr S. Vijayaratnam said PAS was now showing its true colours by trying to allow Islamic law to creep in.

“This is evident in its effort to ban the singers from performing at the match as well as its earlier move in demanding that syariah and Islamic administration be introduced in all states governed by Pakatan Rakyat,” he said.

Meanwhile, the Sultan of Selangor Cup organising committee chairman Datuk Karim Munisar said the event had nothing to do with Khalid’s 100 days in office.

“The match is an annual event,” he added.

Sultan to PAS: Call off protest or I call off matches

The Star, 18 June 2008

SHAH ALAM: An upset Sultan of Selangor has threatened to call off future Sultan of Selangor Cup matches between his state and Singapore if the protest by the state PAS Youth against two artistes performing for the event went ahead.

Sultan Sharafuddin Idris Shah described the protest over rock queen Ella and dangdut singer Mas Idayu as “hypocritical” and “trivial”.

He said there were more important issues that the party could focus on.
“If this is going to be so difficult, we might as well hold this annual event in Singapore. I am sure they will be more than happy to play host,” he told The Star yesterday.

On Monday, Selangor PAS Youth submitted a memoradum to the Selangor Mentri Besar’s office to protest against plans to have Ella and Mas Idayu perform at the match on July 6.

State PAS Youth chief Sallehen Mokhyi said the movement felt that performances by the singers were inappropriate as it would be attended by many youngsters.
The youth wing threatened to stage a demonstration at the Shah Alam Stadium if Ella and Mas Idayu were allowed to performed.

Sallehen’s call came on the heels of a statement by national PAS Youth vice-chief Azman Shapawi that the party wanted all the Pakatan Rakyat states to implement Syariah laws.

The Sultan said yesterday Ella and Mas Idayu were chosen because they were good entertainers and that the organisers felt that they would be able to entertain the people before the match began.

The other singer is David Arumugam of Alleycats.

“The organising committee even planned for the performance by the singers to end before the maghrib prayers. They are performers suitable for the family and I don’t know what the fuss is all about,” he said.

The Tuanku said Selangor did not comprise of “just PAS and Muslims,” adding that the state had many political parties and people of other races and faith.

He said Pakatan Rakyat was a multi-racial coalition and the sensitivities of other races must be taken into account.

“The idea of holding the performance is to create goodwill and bring the people together before the match. Sports and music bring people together,” he said.

He added this was the seventh edition of the Cup and was organised to enhance friendly ties with Singapore through football, adding that the history of Selangor and Singapore’s friendly rivalry went back to before the Second World War.

The Sultan also clarified that the state government and its subsidiary Kumpulan Darul Ehsan Bhd were not the sponsors of the match.

He said no government funds were used for the organisation of the match and so the issue of public funds for the performance and football match did not arise as it was all done through sponsorship.

He said organising chairman Datuk Karim Munisar, who is Kumpulan Darul Ehsan Bhd president, was appointed by him to run the event annually because of Karim’s love for football and volunteerism.

6/15/08

Penceramah jemputan perlu rujuk Jais: Sultan

RASMI: Sultan Sharafuddin Idris Shah menurunkan tanda tangan pada plak Masjid Parit 4 Sungai Haji Dorani, Sungai Besar ketika merasmikan masjid itu


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu penceramah yang dijemput berceramah di surau dan masjid di Selangor, dirujuk terlebih dulu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Baginda bertitah, ia adalah untuk memastikan hanya penceramah bertauliah dibenarkan berceramah, memberi kuliah, berkhutbah dan mengajar di surau serta masjid.

“Jais juga perlu menguatkuasakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor (2003), Seksyen 119 iaitu untuk tindakan mengajar tanpa tauliah,” titah baginda ketika merasmikan Masjid Parit 4 Sungai Haji Dorani, di sini semalam.

Hadir sama Mufti Negeri, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Baginda juga berharap masyarakat Islam mencontohi konsep dan fungsi masjid pada zaman permulaan Islam. Sepatutnya masjid bukan sekadar tempat beribadat setiap hari tetapi perlu mampu menjadi pusat belajar dan pusat rujukan kepada sebarang masalah keagamaan yang dihadapi masyarakat. Kualiti masjid perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa terutama dalam aspek pengurusan, kewangan, sokongan moral, keilmuan dan kecekapan pegawai masjid, bangunan dan kemudahan masjid,” titah baginda.

Selain itu, baginda menasihatkan masyarakat Islam mengamalkan sikap berjimat-cermat dalam perbelanjaan seharian seperti yang dituntut Islam terutama pada masa kini di mana harga barangan keperluan naik mendadak akibat kenaikan harga minyak.

“Beta menyeru rakyat Selangor sentiasa berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah supaya dapat menghadapi kenaikan harga barang ini dengan tenang dan sabar. Setiap rakyat perlu membeli atau mengutamakan barang yang benar-benar perlu saja bagi mengelakkan pembaziran,” titah baginda. Masjid berkenaan dibina pada 2005 bagi menggantikan masjid lama yang tidak mampu menampung pertambahan jemaah di sekitar kawasan itu terutama ketika solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha.

Berjiwa Rakyat


PENERANGAN: Sultan Azlan Shah dan Tuanku Pemaisuri Bainun diiringi Liow (dua dari kanan) mendengar penerangan mengenai peralatan digunakan di wad pediatrik di Hospital Tuanku Pemaisuri Bainun, di Ipoh baru-baru ini.

6/13/08

Tunku Mahkota yakin Iskandar Malaysia jadi contoh

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail yakin projek koridor ekonomi, Iskandar Malaysia di Johor, akan menjadi wilayah ekonomi termaju di Malaysia dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada pembangunan mapan serta mesra alam.

Sehubungan itu, Tunku Ibrahim Ismail mahu agensi kerajaan dibabitkan dalam merancang dan melaksanakan pembangunan bagi memastikan penjagaan alam sekitar dan kepentingan sosial masyarakat setempat.

“Penubuhan Pihak Berkuasa Iskandar Malaysia (Irda) ternyata dapat memudahkan proses sekali gus mengurangkan kerenah birokrasi yang dialami pelabur untuk melabur dalam Iskandar Malaysia,”.

Baginda bertitah, pembabitan syarikat dan pelabur tempatan dalam Iskandar Malaysia menyangkal semua dakwaan bahawa Iskandar Malaysia hanya mengutamakan pelabur asing untuk melabur serta memba-ngunkan wilayah ekonominya.

“Saya mengucapkan tahniah kepada syarikat Asia Petroleum Hub Sdn Bhd yang membuktikan keberanian syarikat tempatan serta Bumiputera untuk melabur dalam Iskandar Malaysia dengan pelaburan besar," titahnya.

Tunku Ibrahim Ismail bertitah, Johor sememangnya dianugerahkan dengan tanah yang subur, perairan dalam serta kos operasi rendah tetapi memerlukan perancangan strategik untuk mengekalkan keperluan serta pertumbuhan masa depannya.

Baginda bertitah, melalui pembinaan hab petroleum di Tanjung Bin, Pontian, ia diharap akan dapat memacu pertumbuhan Johor sebagai peneraju dalam bidang gas dan petroleum di rantau ini, selain pembangunan Iskandar Malaysia, secara keseluruhan.


People should contribute to public healthcare, says Sultan

IPOH: The Government should introduce ways to get the community to contribute to public healthcare.

Sultan of Perak Sultan Azlan Shah said contribution could be made through wider health insurance or the introduction of attractive health tax rebates for donors, companies and individuals.

He said the people’s expectation and need for healthcare had increased each year. Apart from this, cost of equipment, treatment, medication and health service had also risen.

Sultan Azlan said the Government had allocated a lot of money to provide healthcare and medical treatment in government hospitals.

“However the country’s financial resources has limits. The responsibility and burden on the government’s finances must be lightened,” he said at the renaming of Ipoh Hospital to Hospital Raja Permaisuri Bainun in honour of his consort Raja Permaisuri Tuanku Bainun yesterday.

Health Minister Datuk Liow Tiong Lai, who was present, said the Government had renamed the hospital to honour Tuanku Bainun’s good deeds and devoted service to the people.

Also present at the event was Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Tuanku Nur Zahirah tonton teater

Tuanku Nur Zahirah tonton teater: PERMAISURI Agong, Tuanku Nur Zahirah menerima buku P Ramlee The Musical yang disampaikan Penerbit teater, Datin Seri Tiara Jacquelina sambil diperhatikan Ketua Pegawai Eksekutif MPH Group Publishing Sdn Bhd, Datuk Ng Tieh Chuan selepas menyaksikan teater muzikal, P Ramlee...The Musical di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur

6/11/08

Ledang daerah ke-10 di Johor

TINGKAT EKONOMI: Sultan Johor menurunkan tandatangan sempena majlis perasmian pengisytiharan daerah Ledang yang menjadi daerah ke-10 negeri ini, sambil diperhatikan Abdul Ghani.

6/10/08

TABIK HORMAT

TABIK HORMAT: Seri Paduka diiringi Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Abdul Aziz Zainal (kiri) memeriksa barisan kawalan kehormat.

6/8/08

SELAMAT HARI KEPUTERAAN...

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin memotong kek hari keputeraan baginda sambil diperhatikan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah di pekarangan Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berangkat pulang selepas Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Istiadat itu diadakan sempena Hari Keputeraan baginda di Dataran Merdeka, semalam. Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Abdul Aziz Zainal. Istiadat itu diadakan sebagai sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada baginda sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Baginda juga berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormat daripada pegawai dan anggota ketiga-tiga cabang ATM.

6/7/08

DAULAT TUANKU .....

BERSYUKUR: Seri Paduka bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membaca Surah Yassin sempena Hari Keputeraan Seri Paduka di Masjid Negara, malam tadi.

BERTINDAK BIJAK HADAPI KENAIKAN HARGA BARANG - Tuanku Mizan

DAULAT TUANKU- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada Ketua Pastri Federal Hotel International, Md Zamri Awaludin mengenai keistimewaan kek dihadiahkan hotel itu pada majlis persembahan kek sempena hari ulang tahun keputeraan Seri Paduka, di Istana Negara, Kuala Lumpur.



Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah menyeru semua rakyat supaya bersabar dan bertindak bijak dalam menghadapi krisis kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga minyak. Seri Paduka bertitah: "Jika perlu mungkin elok untuk kita mengubah suai gaya hidup bagi memastikan tekanan daripada masalah ini dapat dikurangkan."

"Beta akur bahawa masalah kenaikan harga ini sememangnya amat menekan kehidupan rakyat. Namun Beta berharap agar rakyat semua bersabar dan bertindak bijak dalam menghadapi situasi seumpama ini," titah Seri Paduka sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang disiarkan menerusi RTM malam ini.

Tuanku Mizan mahu kerajaan terus memantau situasi itu dan mengambil segala tindakan bagi memastikan masalah dapat dikawal dan diatasi.

"InsyaAllah berkat kesabaran dan kebijaksanaan kita, masalah ini akan sama-sama kita atasi dan kita akan bertambah matang dan kuat untuk menjalani kehidupan seterusnya," titah Seri Paduka.

Seri Paduka juga menitahkan supaya pengurusan sumber petroleum negara diurus dengan cekap supaya kekayaan itu dapat terus diwarisi dan dinikmati oleh generasi akan datang. Titah Tuanku Mizan, jika bukan dalam bentuk asalnya, hasil yang diperoleh hari ini wajar dilaburkan dalam aspek lain seperti pembangunan prasarana supaya ia turut dinikmati generasi akan datang.

"Beta khuatir dan prihatin apabila dimaklumkan bahawa menjelang 2011, import petroluem negara akan lebih tinggi daripda eksport. Beta berpandangan bahawa adalah tidak adil jika kurniaan Tuhan ini kita perah dan manfaatkan hasilnya dengan sepenuhnya tanpa ditinggalkan sedikitpun untuk generasi akan datang," titah Seri Paduka.

Merujuk kepada sistem kehakiman negara, Seri Paduka mahu melihat sistem kehakiman wujud sebagai institusi yang bebas, adil dan diyakini rakyat. Seri Paduka menyambut baik sebarang usaha yang diambil untuk memperkasakan sistem kehakiman negara termasuk penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim.

"Beta percaya bahawa keanggotaan suruhanjaya ini nanti akan dipilih dari kalangan mereka yang relevan dan berwibawa agar kewujudan suruhanjaya ini akan benar-benar menepati aspirasi penubuhannya," titah Tuanku Mizan.

Yang di-Pertuan Agong juga prihatin dengan proses perbicaraan dan penghakiman yang mengambil masa lama dan berharap usaha pragmatik diambil agar segala kes yang dibawa ke mahkamah, terutama kes tertunggak, diselesaikan dengan segera.

Seri Paduka turut mengalu-alukan usaha kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Parlimen Mengenai Pencegahan Rasuah dan pengambilan lebih ramai pegawai pencegah rasuah.

Tuanku Mizan juga yakin rancangan kerajaan untuk mengkaji semula Akta Percetakan dan Penerbitan Negara dapat memastikan media memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan sewajarnya
.